Jabatan Perdana Menteri
Makluman TerkiniPusat Mediasi COVID-19 (PMC-19) ditubuhkan oleh Kerajaan bagi membantu orang awam dalam menyelesaikan pertikaian yang berbangkit daripada ketidakupayaan untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada mana-mana kategori kontrak dalam Jadual [Seksyen 7] Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19. Nilai pertikaian untuk proses mediasi di bawah PMC-19 hendaklah tidak melebihi RM500,000.00, melainkan pertikaian dibawah sektor pembinaan.
Pertikaian yang layak dipertimbangkan:
Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19) ditubuhkan oleh Kerajaan bagi membantu orang awam atau entiti perniagaan menyelesaikan pertikaian kontrak yang terkesan berikutan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengawal atau mencegah penularan wabak COVID-19.
Semua jenis kategori kontrak komersial yang terkesan akibat PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19 juga boleh dirujuk ke PMC-19. Nilai pertikaian untuk menjalani proses mediasi di bawah PMC-19 hendaklah tidak melebihi RM500,000.00.
PMC-19 boleh dihubungi melalui e-mel pertanyaan@pmc19.gov.my atau talian pejabat 03–8872 7070.
Tempoh masa pemprosesan permohonan khidmat mediasi melalui PMC-19 adalah selama empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh dokumen permohonan lengkap diterima.
Mediasi atau pengantaraan merupakan suatu kaedah penyelesaian pertikaian secara alternatif yang diiktiraf oleh perundangan di Malaysia di bawah Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749]. Mediasi memudahkan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian menyelesaikan pertikaian di antara mereka secara baik, cepat dan berkesan tanpa melalui proses Mahkamah.
Mediasi merupakan suatu proses perundingan yang dijalankan secara sukarela dan dimudahcara oleh pihak ketiga iaitu Mediator. Apabila pihak-pihak bertikai mencapai suatu persetujuan dalam sesi mediasi, suatu Perjanjian Penyelesaian hendaklah dibuat secara bertulis, ditandatangani dan akan mengikat pihak-pihak.
Mediator berperanan untuk memudah cara serta membantu pihak-pihak yang bertikai untuk mencapai persetujuan dan menyelesaikan pertikaian secara baik, bebas dan tidak berat sebelah. Mediator bertindak sebagai pihak yang berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak bertikai dalam proses mediasi ini.
Mediasi di Malaysia diperuntukkan di bawah Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749].
Tidak, ia tertakluk di bawah peruntukan di dalam Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829].
Syarat-syarat untuk mendapatkan khidmat mediasi di bawah PMC-19 adalah seperti berikut:
Proses mediasi melalui PMC-19 hanya dibenarkan untuk pertikaian yang melibatkan dua pihak yang berkontrak sahaja.
Individu yang bankrap atau syarikat yang digulungkan boleh memohon sekiranya mendapat surat kebenaran untuk menjalani sesi mediasi daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.
Permohonan perkhidmatan mediasi melalui PMC-19 boleh dibuat melalui laman sesawang www.pmc19.gov.my.
Lokasi bagi sesi mediasi akan ditetapkan oleh mediator tetapi jika mediator tidak berupaya untuk menyediakan tempat untuk sesi mediasi tersebut, lokasi tersebut akan ditetapkan oleh pihak PMC-19.
Sesi mediasi di bawah PMC-19 dijalankan secara fizikal namun boleh dijalankan secara atas talian jika terdapat keperluan.
Permohonan hendaklah memenuhi kriteria yang disenaraikan di bawah untuk dipertimbangkan:
Tidak, mediasi memerlukan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
Satu sesi mediasi akan berlangsung selama 4 jam. Walau bagaimanapun sesi mediasi boleh dilanjutkan bergantung kepada nilai pertikaian.
Permohonan rayuan untuk mendapatkan khidmat mediasi melalui PMC-19 boleh dikemukakan melalui laman sesawang www.pmc19.gov.my.
Pemohon perlu mengemukakan rayuan melalui sistem PMC-19. Keputusan mengenai rayuan akan dimaklumkan melalui emel kepada pemohon dalam jangka masa 21 hari bermula dari tarikh PMC-19 menerima dokumen lengkap.
Peraturan atau garis panduan yang mengawal selia proses mediasi di bawah PMC-19 adalah Peraturan Mediasi PMC-19.
Pihak-pihak boleh merujuk pertikaian tersebut kepada pihak penyedia perkhidmatan mediasi yang berkaitan seperti Malaysian Mediation Centre (MMC), Asian International Arbitration Centre (AIAC) atau mana-mana mediator persendirian.
Jika mana-mana pihak ingkar terhadap perjanjian penyelesaian, pihak yang terkesan boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang ingkar kerana tidak mematuhi Perjanjian Penyelesaian.
Mediasi di bawah PMC-19 tidak perlu dijalankan sekiranya tindakan mahkamah telah diambil atau pertikaian telah diselesaikan.
Firma-firma guaman yang tersenarai di bawah merupakan firma yang telah mengambil bahagian dalam Ikrar Mengutamakan Mediasi di bawah PMC-19 untuk membantu pihak-pihak bertikai menyelesaikan pertikaian tanpa perlu di bawa ke mahkamah. Firma-firma guaman ini bersedia untuk memberi khidmat nasihat berkaitan mediasi, persiapan dan strategi-strategi mediasi yang berkesan. Sila ambil perhatian bahawa caj yang berpatutan akan dikenakan dan pihak-pihak terlibat dinasihatkan untuk membincangkan perkara ini terlebih dahulu sebelum mengesahkan pelantikan firma berkaitan.
Baca selanjutnyaSebarang pertanyaan atau makluman lanjut, sila hubungi kami di